keadaan kampung musim angin timur

Waktu sekarang adalah musim angin timur. Cuaca sangat kering tanpa hujan. Langit menjadi cerah pada waktu malam. Bintang bintang kelihatan dengan jelas pada waktu malam.

langit yang cerah pada waktu malam

pokok mempelam pauh depan rumah tuk pada waktu malam

Pada musim ini juga, pokok mempelam sekitar rumah mula berbunga. InsyaAllah akan dapat merasa pelbagai vareiti buah mempelam beberapa bulan lagi. Ada yang boleh dimakan mentah, ada yang boleh dibuat jeruk, ada yang sedap dimakan apabila masak.

Dulu dulu kak chik yang rajin tumbuh garam belacan untuk dimakan dengan buah mempelam jenis epal. Memamg tak boleh berhenti makan walaupun pedas apabila sudah mula makan mempelam cicah garam belacan.



Keadaan awal pagi minggu lepas semasa raya cina sangat sejuk. Boleh jadi cuaca mencecah sekitar 20 darjah celcius sahaja. Sejuknya sampai terasa ke tulang.

Sawah padi sekarang kebanyakannya dalam proses untuk dituai. Sawah bendang berwarna kuning keemasan. Cantik bila dilihat disebelah petang sebelum matahari terbenam. InsyaAllah akan cuba merakam beberapa lagi gambar pemandangan kawasan kampung.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus