perkembangan tanaman padi


Alhamdulillah, musim penanaman padi sudah masuk ke bulan akhir penanaman. Padi sudah besar dan akan mulai bunting dan berbunga.



Buat masa ini, paras air didalam bendang perlu dijaga. Batas bendang perlu dipastikan tidak bocor dan pintu air dipastikan tertutup jika tidak digunakan pesawah lain. Ayah sudah banyak mengupah kerja kerja mengurus bendang seperti menabur baja dan meracun bendang.



InsyaAllah jika ada masa lagi, akan cuba memotong rumput di batas bendang supaya senang melihat batas bendang yang bocor. Buat masa ini, batas bendang diracun supaya rumput lambat tumpuh.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos