balik kampung 12 November 2016

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu ini.




Terung
Terung panjang vareiti ungu sudah mula berbuah. Buah dituai dan diberi kepada mak untuk memasak. Batas tanaman akan ditambah dengan lebih banyak kompos supaya tanah lebih subur.

Bersih halaman kampung
InsyaAllah pada bulan depan akan diadakan kenduri kesyukuran di rumah mak. Jadi, kerja kerja memotong rumput perlu diadakan lebih awal kerana ayah sudah tidak larat untuk melakukan kerja memotong rumput sendiri.

Pokok lada hitam
Pokok lada hitam yang ditanam sudah mula mengeluarkan hasil. Walaupun tidak sebanyak mana, namun diharap pokok akan menjadi lebih subur pada masa depan.

Benih pokok mentega
Pokok mentega mulai bercambah pada musim hujan ini. InsyaAllah akan dikumpul dan ditanam didalam polibeg. Kemudian akan cuba ditut supaya pokok yang membesar adalah pokok betina. Sebelum ini terdapat lima pokok mentega dikawasan kebun kampung. Tiga daripadanya pokok betina, namun sudah tinggal dua sahaja.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus