perkembangan kebun perumahan 19 September 2015

Alhamdulillah dapat mengurus kebun perumahan pada hujung minggu. Waktu diluangkan hanya sekadar satu jam kerana perlu balik ke kampung untuk majlis kenduri kahwin.



Mulberi
Buah mulberi semakin banyak yang masak di atas pokok. Namun, burung burung juga menyedari tentang buah mulberi yang masak. Pada jumaat malam, buah buah mulberi yang masak ranum berwarna kehitaman masih ada. Pada keesokan harinya, buah buah yang masak ranum sudah tiada.



Cabai solok
Alhamdulillah, cabai solok dapat dituai lagi kali ini. Buah buah baru juga sudah mula lekat. Walaupun pokok cabai solok tidak sebesar mana, namun jumlah buah yang dihasilkan sangat memuaskan.

Semaian
Semaian daun saderi dan lobak putih dibuat kedalam bekas kompos. Harap harap benih akan bercambah.

Lebihan semaian cabai solok dan juga pokok lada hitam dibawa balik ke kampung. Semoga dapat membesar di kampung.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus