balik kampung 18 Jan 2015

Alhamdulillah dapat balik kampung minggu lepas.

Cuaca sudah masuk fasa angin timur, hujan sudah beberapa hari tidak turun dan langit sangat cerah.

Diantara aktiviti minggu lepas:



1. Pancing haruan
Alhamdulillah dapat memancing ikan haruan di kampung. Walaupun kecil, dapat juga dijadikan masakan pindang.


2. Nyior, pisang dan putat
Buah nyior dibelakang rumah diambil sebelum inya diambil oleh pencuri.

Pisang dibelakang rumah juga dapat diambil beberapa tandan. Begitu juga dengan jantung pisang yang dijadikan ulam dan kerabu.

Terdapat juga pucuk putat yang dapat diambil untuk dijadikan ulam. InsyaAllah akan cuba pindahkan anak pokok putat ke dalam pasu untuk dibawa balik ke Pulau Pinang.



3. Petola bantal
Buah petola bantal banyak yang bergantung di atas ranting pokok mati. Buah buah yang kering menjadi sasaran tupai yang memakan biji benih buah petola. Mungkin kekurangan makanan di waktu timur memaksa tupai tupai memakan biji benih petola.

Beberapa biji petola bantal dapat dituai dan dijadikan masak lemak untuk makan tengah hari.

4. Kacang kelisa
Anak benih kacang kelisa dipindahkan ke ruang berdekatan reban ayam untuk membesar. Harap harap masih mampu hidup dan membesar. Mak suka kacang kelisa untuk dijadikan ulaman.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus