balik kampung 9 Mei 2015

Alhamdulillah dapat balik kampung pada minggu lepas. Jadual kelas masih seperti biasa bermula pagi sehingga petang. Cuaca sekarang sangat baik untuk aktiviti berkebun kerana hampir setiap hari hujan turun. Diantara aktiviti di kampung minggu lepas.


Bersih kebun dan meracun petak sawah

Kebun di kawasan kampung dipenuhi dengan semak samun dan rumput panjang. Jadi, ayah telah rancang untuk meracun sejak beberapa minggu lepas lagi. Waktu musim hujan ini, rumput rampai tumbuh dengan rancak sekali. Jika tidak diracun, petak sawah dan kebun akan dipenuhi anak benih padi angin dan rumput. Alternatif lain seperti menebas akan cuba dilakukan untuk mengurangkan penggunaan racun rumpai pada masa hadapan. Jika masih ada ternakan lembu seperti dulu, tentu kurang aktiviti meracun di kampung.



Memancing

Alhamdulillah dapat memancing lagi pada minggu ini. Kali ini haruan besar yang memakan umpan. Namun sayang sekali ikan haruan terlepas dari tempat kurungan pada waktu malam. InsyaAllah akan cuba memancing lagi di kesempatan yang lain.

Penyediaan batas kebun

Alhamdulillah batas kebun dapat disediakan dibelakang rumah. Tanah merah ditambak ke kawasan batas kebun supaya lebih tinggi. Daun daun kering pula dihimpun dan dibakar bersama tanah untuk dijadikan baja.

Tanaman di kebun pada masa ini

Petola segi semakin banyak yang lekat buah. Begitu juga dengan petola bantal, tetapi sedikit susah untuk diambil. InsyaAllah akan mengumpulkan juga anak benih putat kampung, lengkuas kampung, bagi yang berminat untuk menanam disekeliling rumah.

Banyak lagi kerja di kampung yang memerlukan perhatian, InsyaAllah akan ada lebih banyak masa pada bulan hadapan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus