balik kampung 22 November 2015

Alhamdulillah dapat balik ke kampung dengan sedikit masa yang ada. Dapat menziarahi mak dan ayah di kampung. Walaupun masa terbatas dengan tugasan dan kerja kerja dapat juga menjenguk emak dan ayah di kampung.

Minggu ini kak chik juga balik ke kampung dengan membawa masakan ikan baung masak lemak. Alhamdulillah dapat merasa juga ikan baung masak lemak selepas hampir beberapa tidak tahun tidak merasai masakan ikan baung.

Keadaan kebun belakang rumah tidak dapat diurus dengan baik lagi. Hanya sempat menjenguk sekejap dibelakang rumah. Banyak pokok pisang yang perlu ditebang. Begitu juga dengan pelepah nyior yang banyak perlu dihimpunkan.

Keadaan parit belakang rumah juga perlu dibersihkan kerana banyak sampah sarap yang terkumpul.

Pokok terung telunjuk pula semakin banyak yang berbuah. Dapat juga dituai untuk dijadikan hidangan nanti bila balik dari kampung.

Pokok petola ular juga mulai berbunga. Harap harap akan ada buah tidak lama lagi.

Musim hujan begini, sesuai juga untuk memancing. Alhamdulillah dua ekor ikan haruan berjaya dipancing kali ini. Dapatlah dijadikan hidangan bila balik hujung minggu nanti.

Gambar akan diletakkan kemudian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus