perkembangan kebun perumahan akhir November 2015

Alhamdulillah, pada bulan november ini, hujan turun hampir setiap hari. Pokok pokok yang ditanam tumbuh dengan subur.

Terung telunjuk
Pokok terung telunjuk membesar dengan baik dan mula menghasilkan buah yang agak lebat. Namun, pokok terung telunjuk kita diserang pula oleh hama merah. Mungkin ada beberapa hari yang tidak hujan menyebabkan pokok mengalami stress. Tiada penggunaan racun serangga untuk menghalang serangan. InsyaAllah akan dibiarkan proses alami memulihkan pokok seperti menjaga pengairan.

Ulam raja
Alhamdulillah ulam raja subur ketika bulan November ini. Batang batang ulam raja juga besar berbanding benih yang ditanam dikampung. Kemungkinan sedikit baja dari air tapisan kolam ikan menjadi baja yang baik untuk pokok.

Petola bantal
Setelah lama tidak berbuah, akhirnya petola bantal berbuah lagi. Pokok masih lagi bertahan hampir lebih kurang dua tahun.

Gambar akan diletakkan kemudian.

Ulasan

  1. Antara azam thn baru saya ialah utk giatkan aktiviti bkebun. Blog2 bkebun ni la tpt utk menguatkan azam & smgt utk berkebun, & menmbh ilmu di dada. Berkebun pun satu cara yg baik utk bjimat & mengurangkan belanja dapur tanpa menjejaskan kualiti diet harian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah semoga azam dan perancangan akan berjaya, sama sama kongsi pengalaman mungkin berguna untuk orang lain

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus