balik kampung akhir Julai 2017

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu ini

Padi
Padi sudah mula di tuai dikawasan kampung. Air bendang sudah mula dilepaskan kerana padi sudah mulai menguning dan masak. Jentera menuai padi sudah mulai kelihatan di petak petang sawah. Hasil pak tani mengerjakan sawah selama lebih kurang tiga bulan setengah akhirnya dapat dituai. Seperti kebiasaan hasil tidak menentu bergantung kepada pelbagai keadaan. Harap harap tuaian padi kali ini memberansangkan.

Pisang
Pisang yang ditanam dituai dan dibawa balik ke Pulau Pinang. Sebahagian lagi disedekahkan kepada jiran dan keluarga sekampung. Ada juga tandan yang sudah habis dimakan burung. InsyaAllah jadi sebahagian pahala sedekah walaupun tidak dapat merasai. Terdapat juga tandan yang akan masak dalam masa beberap minggu lagi. Harap harap dapat menuai kerana tandan terletak berhampiran jalan raya.

Bendi
Benih bendi yang ditanam dikebun pisang sudah ada yang masak. Jadi, biji benih diambil dan disemai ke tempat baru berhampiran dengan sungai. Harap harap ada yang akan tumbuh.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus