balik kampung 15 Mei 2016

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi. Musim hujan kali ini membawa ribut disamping hujan yang diperlukan petani untuk memulakan penanaman padi yang baru. Tuaian terung masih berlangsung.


Ribut petang ahad

Petang ahad menyaksikan ribut ketika waktu hampir maghrib. Angin beserta ribut petir melanda kawasan sekitar Alor Setar. Pokok mempelam dibelakang kampung tumbang menghempan reban ayam Pak Teh. Nasib baik ayam dan itik terselamat.


Semai anak benih padi

Anak benih padi yang akan disemai di bendang perlu direndam semalaman didalam kampit padi yang dibekalkan. Kemudian, kampit benih diangkat dan dibiarkan dikawasan kering semalaman. Benih akan mula bercambah dan sedia digunakan. Jadi, proses menyediakan benih padi untuk disemai memerlukan masa sekurang kurangnya dua hari.

Bendang perlu dikeringkan sebelum benih disemai. Petani akan meracun dahulu bendang dengan racun siput gondang bagi membunuh perosak yang akan memakan anak benih padi. Kesannya anak anak ikan yang mudik kedalam bendang juga mati.


Timun jepun

Anak benih timun jepun yang disemai di kebun perumahan telah dibawa balik ke kampung. Sebahagiannya dipindahkan ke kawasan tepi rumah manakala sebahagian lagi di kawasan belakang rumah. Harap benih timun akan cepat membesar.

Memancing

Alhamdulillah ada rezeki lagi memancing ikan haruan kali ini. Induk haruan yang besar berjaya dipancing. Harap harap ikan dapat bertahan sehingga hujung minggu untuk dijadikan hidangan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos