perkembangan kebun perumahan 26 Ogos 2015

Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan. Musim hujan begini anak anak benih ulam raja dan bayam bercambah dengan sendiri.




Lobak merah
Lobak merah menjadi layu kerana cuaca panas. Lubang pengaliran air dibaiki supaya air tidak terlalu cepat keluar apabila disiram

Pokok tin
Alhamdulillah dua tut pokok tin dipotong dari pokok induk dan dipindahakan kedalam pasu. Akar sudah agak kering kerana lambat mengubah tut. InsyaAllah akan mengubah dua lagi keratan tut.

Semaian benih benih
Nampaknya, benih benih tembikai, cili dan terung eksotik langsung tidak bercambah. InsyaAllah akan cuba semai benih benih yang lain untuk menghabiskan stok benih.

Mulberi
Alhamdulillah mulberi mula mengeluarkan pucuk dan buah selepas di pangkas. Malangnya keratan batang tidak sempat untuk ditanam dan mati akibat terlalu lama terendam didalam air.

Tomato
Beberapa benih tomato semakin membesar dan sesuai untuk dipindahkan ke kawasan terbuka.

Bunga tongkeng
Kemungkinan pokok bunga tongkeng perlu diubah ke kawasan terbuka kerana masih belum berbunga walaupun sudah begitu merimbun.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus