perkembangan kebun perumahan 12 Ogos 2015

Alhamdulillah dapat menjenguk kebun perumahan sebentar selama satu jam pada waktu petang

Mulberi
Mulberi diluar rumah menghasilkan beberapa biji buah yang sedang masak. Terus dipetik dan dimakan. Pokok perlu dipangkas lagi supaya tunas baru keluar.

Tomota kingkong
Tumbesaran tomato king kong masih lagi perlahan. Alhamdulillah berjaya mengubah semua anak benih ke pasu dan polibeg. Tomota disiram dengan baja ikan sebagai tambahan baja tumbesaran peringkat permulaan.

Ulam raja
Benih benih ulam raja dikutip dan dikumpulkan. InsyaAllah boleh diedarkan kepada rakan rakan nanti.



Pokok tin
Alhamdulillah pucuk buah semakin berkembang. Begitu juga dengan hasil tut ada yang berjaya. Vareiti BTM6 paling mudah untuk ditut dan cepat mengeluarkan akar.

Benih eksotik tembikai
Satu benih eksotik tembikai cuba disemai. Harap harap dapat bercambah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus