Catatan

Lawat kebun abang

Imej
Alhamdulillah ahad lepas dapat melawat kebun abang. Buah buah menjadi kali ini. Buah durian sudah habis tapi buah rambutan, pulasan dan petai tengah banyak. Musim ini kumpulan kera tidak masuk kebun. Jiran kebun abang juga ada membina ran diatas pokok durian untuk menjaga tanaman. Buah buah yang dihimpun dibawa balik dan dibahagikan kepada jiran. Sawah padi di sekitar kebun pun sudah semakin bunting. Rezeki buat pesawah tidak berapa lama lagi. Tapi pagar dan jaring untuk menghalau babi hutan perlu dipasang bila padi semakin masak.

Kailan dan kobis cina

Imej
Alhamdulillah, kailan yang di tanam beberapa bulan sudah semakin sedia untuk dituai. Syukur walaupun tidak segemuk sawi yang ada di jual di kedai. Kailan ini berbeza beza peringkat pembesaran mengikut pasu. Masih ada yang masih kecil. Faktor baja dan cahaya mungkin menyebabkan pembesaran yang pelbagai. Sawi pak choi pun masih ada tak sempat untuk dituai. Cambahan sawi cina sudah seminggu dan perlu dialih ke tempat yang lebih terbuka. Moga dapat merasa tuaian sawi cina bulan depan.

Balik kampung persediaan tabur baja kali kedua

Imej
Alhamdulillah dapat balik kampung minggu lepas untuk tolong ayah mengangkut baja ke bendang. Kak chak, bang chak dan haikal juga balik dari kl. Alhamdulillah kerja menanggung padi bermula selepas solat asar dan selesai 30 minit sebelum berbuka. Haikal pun membantu tok wan mengangkat baja. Semua masih keletihan dan selepas berbuka dan tarawikh. Jadi tidur awal kerana ada lagi kerja hendak di lakukan pada pagj ahad.

Anak benih tembikai susu

Imej
Benih tembikai susu dari biji benih yang tumbuh dari kompos ditanam sebagai percubaan. Benih membesar dengan cepat. Tali memanjat disediakan supaya pokok dapat memanjat sehingga ke bahagian bumbung. Sudah nampak ada tanda seperti hendak berbunga. InsyaAllah akan cuba jaga dan tengok hasilnya.

Daun sudu itik

Tiba tiba teringat daun sudu itik dalam menjalani ibadah puasa. Dulu dulu banyak di dalam kolam jiran di kampung. Tempat memancing semasa zaman sekolah. Daunnya sedap dibuat kerabu kerang dicampur taugeh. Akan cuba dapatkan daun ini mungkin di pekan ahad anak bukit.

Keriang dot dan keriang kecil

Alhamdulillah dapat balik terawih di kampung. Dapat berbuka bersama keluarga sebelah isteri. Berdekatan dengan masjid terdapat pokok keriang dot. Buahnya lebih kurang satu ruas jari kelinking. Banyak buah yang jatuh ke tanah. Kalau dulu haji hassan pak mertua selalu upah budak budak panjat dan kait buah. Satu lagi varieti ialah jenis keriang kecil. Buahnya saiz biji lada. Sangat sedap dimakan jika di cicah dengan air garam. Dahannya juga lebih kecil. Hanya budak budak yang sesuai untuk panjat pokok keriang. Rasa buah lebih kurang masam masam manis. Awas warna ungu buah boleh melekat pada baju. Pokok keriang tahan air dan dapat hidup di kawasan yang banyak digenangi air berhampiran sawah. InsyaAllah gambar akan diletakkan kemudian bila balik kampung.

Status arugula: tak sihat

Imej
Satu lagi tanaman percubaan yang tidak berjaya. Arugula dengan daun yang habis kerekot. Fikir dua kali hendak makan. Bau aromanya memang ada. Nasib sayur ini akan ditentukan kemudian.