Keriang dot dan keriang kecil

Alhamdulillah dapat balik terawih di kampung. Dapat berbuka bersama keluarga sebelah isteri.

Berdekatan dengan masjid terdapat pokok keriang dot. Buahnya lebih kurang satu ruas jari kelinking. Banyak buah yang jatuh ke tanah. Kalau dulu haji hassan pak mertua selalu upah budak budak panjat dan kait buah.

Satu lagi varieti ialah jenis keriang kecil. Buahnya saiz biji lada. Sangat sedap dimakan jika di cicah dengan air garam. Dahannya juga lebih kecil. Hanya budak budak yang sesuai untuk panjat pokok keriang.

Rasa buah lebih kurang masam masam manis. Awas warna ungu buah boleh melekat pada baju.

Pokok keriang tahan air dan dapat hidup di kawasan yang banyak digenangi air berhampiran sawah.

InsyaAllah gambar akan diletakkan kemudian bila balik kampung.

Ulasan

  1. salam.. nk tnye mne nk dpt buah keriang ni.. sy tgh ngidam nk cari buah ni... klu ade info tlg roger sy k.. tq

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos