Lawat kebun abang

Alhamdulillah ahad lepas dapat melawat kebun abang. Buah buah menjadi kali ini. Buah durian sudah habis tapi buah rambutan, pulasan dan petai tengah banyak.

Musim ini kumpulan kera tidak masuk kebun. Jiran kebun abang juga ada membina ran diatas pokok durian untuk menjaga tanaman. Buah buah yang dihimpun dibawa balik dan dibahagikan kepada jiran.

Sawah padi di sekitar kebun pun sudah semakin bunting. Rezeki buat pesawah tidak berapa lama lagi. Tapi pagar dan jaring untuk menghalau babi hutan perlu dipasang bila padi semakin masak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos