Kailan dan kobis cina

Alhamdulillah, kailan yang di tanam beberapa bulan sudah semakin sedia untuk dituai. Syukur walaupun tidak segemuk sawi yang ada di jual di kedai.

Kailan ini berbeza beza peringkat pembesaran mengikut pasu. Masih ada yang masih kecil. Faktor baja dan cahaya mungkin menyebabkan pembesaran yang pelbagai.

Sawi pak choi pun masih ada tak sempat untuk dituai.

Cambahan sawi cina sudah seminggu dan perlu dialih ke tempat yang lebih terbuka. Moga dapat merasa tuaian sawi cina bulan depan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus