Catatan

sebab pertumbuhan bayam tidak sekata dalam pasu

Alhamdulillah bayam semakin membesar dan akan dituai bila bila masa. Namun ada satu pasu yang terbantut pertumbuhan. Setelah diperhati rupa rupanya terlalu banyak air yang bertakung didalam pasu panjang. Ada lubang untuk air keluar namun disebabkan kedudukan pasu yang agak senget, air tidak mengalir keluar dan bertakung didalam pasu panjang. Tanah didalam pasu pun berwarna agak kehijauan. Jadi kedudukan pasu diubah supaya air mudah mengalir keluar dan tidak bertakung. InsyaAllah diharapkan bayam yang terbantut kembali membesar.

mengoptimakan penggunaan hasil dari kebun sendiri

Alhamdulillah hasil hasil kebun sekitar taman perumahan semakin banyak. Cuma masalahnya ialah tidak digunakan. Ada bayam yang semakin tinggi, kacang panjang yang mula mengeluarkan hasil dan kailan serta yang masih belum dituai.  Begitu juga dengan daun kaduk yang merimbun. Antara sebab tidak dapat menikmati hasil ialah masa yang singkat dirumah pada hujung minggu dan kurang makan malam. InsyaAllah akan cuba mengubah menu makan tengah hari dengan hasil hasil dari kebun perumahan.

semaian herba dan ulam dapur

Alhamdulillah beberapa jenis herba dalam perancangan untuk ditanam. Diantaranya herba dan ulam yang selalu dipilih apabila menikmati nasi di kedai nasi campur. Antara herba yang dikenal pasti: 1. Thai Basil Thai basil sedap dimakan kerana rasanya yang beraroma. Namun setakat ini tidak pula dapat tumbuh dari biji benih. InsyaAllah akan cuba strategi keratan batang pula. 2. Ulam raja Pucuk ulam raja sedap dibuat ulam. InsyaAllah akan disemai dari biji benih yang dipesan. 3. Maman Sayur maman boleh dijadikan jeruk maman. InsyaAllah akan cuba disemai dari biji benih.

mencari rumput israel untuk arnab di rumah

InsyaAllah esok atau jumaat akan mencari rumput israel untuk dijadikan makanan arnab di rumah. Baru mendapat info daripada blog anim agro technology yang menyatakan rumput ini boleh dijadikan makanan alternatif arnab. Terdapat jumlah rumput yang banyak di kawasan riadah seberang jaya. Pelbagai warna bunga rumput ini dan cantik juga. Setakat ini makanan dedak arnab menjadi makanan utama arnab dirumah. Jika berjaya dikumpulkan rumput israel, maka kuranglah sedikit kos membeli dedak arnab. Kemungkinan rumput akan dikeringkan dahulu sebelum diberi kepada arnab.

pencapaian tanaman tahun 2013

Alhamdulillah tahun 2013 sudah sampai ke penghujung. Banyak pengalaman berkebun yang didapati. Namun masih banyak lagi yang perlu dipelajari. Antara pahit manis tahun ini adalah seperti dibawah Tanaman yang cemerlang Sawi ( cepat tumbuh ) Sawi Cina ( cepat tumbuh ) Pak Choi ( cepat tumbuh, tahan lama ) Bendi ( perlu tempat yang cukup air dan terang ) Kangkung ( pastikan cukup air ) Kaduk ( hanya perlu tambah air dan sedikit baja, selalu pangkas ) Tanaman yang sederhana cemerlang Terung pendek ( perlu bekas yang lebih besar ) Arugula ( perlu ditanam jarak jarak ) Kailan ( percambahan agak kurang memuaskan ) Kohlrabi ( berjaya dapat satu hasil ) Tanaman yang perlu penambah baikan Tat Soi ( pertumbuhan sangat perlahan ) Cili solok ( langsung tak tumbuh ) Basil ( tak tumbuh ) InsyaAllah akan letakkan sasaran tahun depan sebelum akhir tahun ini.

balik kampung 22 Disember 2013

Alhamdulillah sempat balik kampung minggu ini Nampaknya musim seperti sudah mula berubah kepada musim utara. Angin akan bertiup kencang pada waktu malam dan langit kebiasaannya cerah sepanjang hari. Kalau dulu dulu ramai yang bermain wau bulan dan pelbagai jenis wau lagi. Wau akan ditambat ke tanah pada waktu malam. Kadang kadang ada wau yang putus dan hilang. Permulaan musim sebegini juga selalu mak dan ayah mulakan tanaman jagung. Anak anak akan bantu menyiram anak pokok jagung pada sebelah petang. Kawasan di Pulau Pinang juga merasa tempias keadaan cuaca sebegini. Pokok tenggek burung terpaksa diletakkan ditempat lebih teduh kerana baru sahaja dialihkan. Sayur sayuran didalam pasu juga harus dipastikan sentiasa mendapat air yang cukup. Satu pasu pokok terung sarawak dibawa balik untuk diberi kepada Tuk Timah. Kebetulan pula pucuk labu yang ditanam Tuk Timah sedang banyak bertunas. Dapatlah merasa masak lemak pucuk labu. InsyaAllah pada hujung bulan januari tahun depan a...

kacang panjang dan petola mula berbunga

Alhamdulillah hari ini sempat melihat perkembangan kacang panjang dan petola setelah dua hari tidak sempat memeriksa tanaman. Kacang panjang di depan rumah sudah mula berbunga. Pokok masih lagi menjalar mencari ruang untuk melepaskan pucuk baru. Petola pula sudah memanjat ke bumbung belakang rumah. Tapi pucuk utama sudah patah dimakan sesuatu. Nasib baik masih ada pucuk lain. Kelihatan bunga petola yang masih kecil. InsyaAllah akan dipastikan air dan baja mencukupi.