balik kampung 22 Disember 2013

Alhamdulillah sempat balik kampung minggu ini

Nampaknya musim seperti sudah mula berubah kepada musim utara. Angin akan bertiup kencang pada waktu malam dan langit kebiasaannya cerah sepanjang hari. Kalau dulu dulu ramai yang bermain wau bulan dan pelbagai jenis wau lagi. Wau akan ditambat ke tanah pada waktu malam. Kadang kadang ada wau yang putus dan hilang.

Permulaan musim sebegini juga selalu mak dan ayah mulakan tanaman jagung. Anak anak akan bantu menyiram anak pokok jagung pada sebelah petang.

Kawasan di Pulau Pinang juga merasa tempias keadaan cuaca sebegini. Pokok tenggek burung terpaksa diletakkan ditempat lebih teduh kerana baru sahaja dialihkan.

Sayur sayuran didalam pasu juga harus dipastikan sentiasa mendapat air yang cukup.

Satu pasu pokok terung sarawak dibawa balik untuk diberi kepada Tuk Timah. Kebetulan pula pucuk labu yang ditanam Tuk Timah sedang banyak bertunas. Dapatlah merasa masak lemak pucuk labu.

InsyaAllah pada hujung bulan januari tahun depan akan ada perhimpunan keluarga. Menarik juga kerana sudah lama tidak diadakan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus