mencari rumput israel untuk arnab di rumah

InsyaAllah esok atau jumaat akan mencari rumput israel untuk dijadikan makanan arnab di rumah. Baru mendapat info daripada blog anim agro technology yang menyatakan rumput ini boleh dijadikan makanan alternatif arnab.

Terdapat jumlah rumput yang banyak di kawasan riadah seberang jaya. Pelbagai warna bunga rumput ini dan cantik juga.

Setakat ini makanan dedak arnab menjadi makanan utama arnab dirumah. Jika berjaya dikumpulkan rumput israel, maka kuranglah sedikit kos membeli dedak arnab.

Kemungkinan rumput akan dikeringkan dahulu sebelum diberi kepada arnab.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus