semaian herba dan ulam dapur

Alhamdulillah beberapa jenis herba dalam perancangan untuk ditanam. Diantaranya herba dan ulam yang selalu dipilih apabila menikmati nasi di kedai nasi campur.

Antara herba yang dikenal pasti:

1. Thai Basil
Thai basil sedap dimakan kerana rasanya yang beraroma. Namun setakat ini tidak pula dapat tumbuh dari biji benih. InsyaAllah akan cuba strategi keratan batang pula.

2. Ulam raja
Pucuk ulam raja sedap dibuat ulam. InsyaAllah akan disemai dari biji benih yang dipesan.

3. Maman
Sayur maman boleh dijadikan jeruk maman. InsyaAllah akan cuba disemai dari biji benih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus