Catatan

perkembangan kebun kampung akhir oktober 2015

Imej
Alhamdulillah dapat balik ke kampung sekejap minggu lepas. Hujung minggu lepas sangat sibuk. Hanya dapat singgah di rumah selama beberapa jam sahaja. Kak Chik ada graduasi di Universiti Utara Malaysia pada hari ahad. Jadi, masa awal pagi sehingga petang digunakan untuk majlis graduasi. Semasa singgah sebentar awal pagi di kampung, sempat juga meninjau perkembangan kebun mini di belakang rumah. Agak semak sedikit kerana kurang masa untuk menjaga. Pokok terung telunjuk sudah mula mengeluarkan bunga dan lekat buah. Lebah tukang menjadi agen pendebungaan sempat dirakam semasa awal pagi. Hasil daripada pokok timun mini tidak memberansangkan. Kemungkinan akan cuba menyediakan medium tanah lebih awal dan pembajaan supaya pokok lebih banyak mengeluarkan hasil pada penanaman yang seterusnya.

tuaian kebun perumahan akhir oktober 2015

Imej
Alhamdulillah, ada sedikit hasil dari kebun perumahan, Lobak merah mini dan timun mini dituai. InsyAllah akan dijadikan hidangan makan tengah hari. Pengalaman menanam buat pertama kali lobak merah agak menarik. Lobak merah elok ditanam didalam barisan. Sebelum ini hanya disemai sahaja secara tabur terus. InsyaAllah akan cuba mendapatkan benih baru lobak merah.

daun mulberi sebagai makanan ikan kaloi

Pokok mulberi perlu dipangkas untuk menggalakkan penghasilan buah. Namun, masalah timbul bagaimana untuk menggunakan batang mulberi yang dipangkas. Diantara idea yang ada: 1. Gunakan sebagai keratan untuk menghasilkan pokok mulberi yang baru. Keratan mungkin masih muda, jadi susah untuk hidup. 2. Jadikan sebagai kompos Daun muda ambil sedikit masa untuk menjadi kompos 3. Jadikan sebagai makanan seperti sup Boleh dijadikan sup, namun kadang kadang tidak ada masa untuk dijadikan hidangan. Satu lagi cara untuk menggunakan daun mulberi ialah dengan menjadikan daun mulberi sebagai makanan ikan kaloi. Nampaknya setakat ini tiada masalah untuk ikan kaloi menghabiskan daun mulberi sebagai makanan.

perkembangan kebun kampung 18 Oktober 2015

Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan. Masih banyak kerja yang perlu dilakukan, tapi kekangan masa dan tugasan menyebabkan hanya kerja kerja ringan yang dilakukan. Rendam benih padi Benih padi sudah direndam ayah untuk ditabur ke bendang untuk memulakan musim penanaman yang baru. Benih direndam didalam kolam selama sehari, kemudian benih diangkat dari kolam. Benih padi akan mula bercambah. Selain itu, sempat juga bawa ayah untuk ke Kuala Sungai untuk pendaftaran urusan padi. Bersih kampung Kampung perlu dibersihkan kerana banyak daun kelapa yang sudah luruh. Jika dibiarkan, kawasan kampung akan nampak tidak terurus dan semak. Tanaman terung Alhamdulillah, tanaman terung di kampung mulai mengeluarkan bunga. Harap harap akan cepat lekat buah. Baja tahi arnab digunakan dan pokok hidup dengan subur. InsyaAllah akan membela arnab sebagai projek pada masa depan. Pokok tin Satu lagi vareiti pokok tin dibawa balik ke kampung. Harap harap akan membesar dengan baik insyaAllah. Va...

semaian ulam raja di kampung

Imej
Alhamdulillah, benih benih ulam raja dari kebun perumahan dibawa balik ke kampung telah bercambah. Disamping itu, anak benih ulam raja yang tumbuh sendiri di tepi tepi jalan di depan rumah perumahan dicabut dan dibawa balik ke kampung. Cara penanaman semula cukup mudah, hanya menggunakan golok buka sedikit ruang tanah dan kambus bahagian akar. Bagi biji benih pula, tabur terus dikawasan yang hendak ditanam.

projek kebun perumahan bulan oktober 2015, projek sayur daun

InsyaAllah pada bulan ini, akan fokus kepada tanaman jenis daun seperti sawi daun, sawi jepun, kobis, kailan dan kangkung.  Semaian akan dibuat secepat mungkin. Setakat ini semaian sawi bunga sudah dibuat. Alhamdulilah benih bercambah dengan baik. Disamping itu, daun selasih thai di petik untuk dijadikan ulam. Namun, tak ada rezeki kerana rosak akibat panas bila disimpan didalam kereta. gambar akan diletakkan kemudian

balik kampung 4 Oktober 2015, masak asam pedas ikan haruan

Imej
Alhamdulillah balik kampung kali ini agak produktif dengan aktiviti di kampung. Masa yang ada digunakan untuk membersih kampung. Disamping itu, sempat juga bawa mak dan ayah berjalan jalan di Perlis. Masak asam pedas ikan haruan cara utara Masak asam pedas ikan haruan utara lain sedikit daripada masakan asam pedas melaka. Kurang menggunakan gula, sebaliknya diganti dengan ubi keledek. Sangat sesuai dijadikan juadah makan tengah hari.