daun mulberi sebagai makanan ikan kaloi

Pokok mulberi perlu dipangkas untuk menggalakkan penghasilan buah. Namun, masalah timbul bagaimana untuk menggunakan batang mulberi yang dipangkas. Diantara idea yang ada:

1. Gunakan sebagai keratan untuk menghasilkan pokok mulberi yang baru.
Keratan mungkin masih muda, jadi susah untuk hidup.

2. Jadikan sebagai kompos
Daun muda ambil sedikit masa untuk menjadi kompos

3. Jadikan sebagai makanan seperti sup
Boleh dijadikan sup, namun kadang kadang tidak ada masa untuk dijadikan hidangan.

Satu lagi cara untuk menggunakan daun mulberi ialah dengan menjadikan daun mulberi sebagai makanan ikan kaloi. Nampaknya setakat ini tiada masalah untuk ikan kaloi menghabiskan daun mulberi sebagai makanan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus