perkembangan kebun kampung akhir oktober 2015

Alhamdulillah dapat balik ke kampung sekejap minggu lepas. Hujung minggu lepas sangat sibuk. Hanya dapat singgah di rumah selama beberapa jam sahaja.

Kak Chik ada graduasi di Universiti Utara Malaysia pada hari ahad. Jadi, masa awal pagi sehingga petang digunakan untuk majlis graduasi. Semasa singgah sebentar awal pagi di kampung, sempat juga meninjau perkembangan kebun mini di belakang rumah. Agak semak sedikit kerana kurang masa untuk menjaga.


Pokok terung telunjuk sudah mula mengeluarkan bunga dan lekat buah. Lebah tukang menjadi agen pendebungaan sempat dirakam semasa awal pagi.








Hasil daripada pokok timun mini tidak memberansangkan. Kemungkinan akan cuba menyediakan medium tanah lebih awal dan pembajaan supaya pokok lebih banyak mengeluarkan hasil pada penanaman yang seterusnya.

Ulasan

  1. Tak apa...nanti kalau tanam semula kongsi lagi gambarnya...saya juga boleh belajar...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus