perkembangan kebun kampung 18 Oktober 2015

Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun perumahan. Masih banyak kerja yang perlu dilakukan, tapi kekangan masa dan tugasan menyebabkan hanya kerja kerja ringan yang dilakukan.

Rendam benih padi

Benih padi sudah direndam ayah untuk ditabur ke bendang untuk memulakan musim penanaman yang baru. Benih direndam didalam kolam selama sehari, kemudian benih diangkat dari kolam. Benih padi akan mula bercambah.

Selain itu, sempat juga bawa ayah untuk ke Kuala Sungai untuk pendaftaran urusan padi.

Bersih kampung
Kampung perlu dibersihkan kerana banyak daun kelapa yang sudah luruh. Jika dibiarkan, kawasan kampung akan nampak tidak terurus dan semak.

Tanaman terung

Alhamdulillah, tanaman terung di kampung mulai mengeluarkan bunga. Harap harap akan cepat lekat buah. Baja tahi arnab digunakan dan pokok hidup dengan subur. InsyaAllah akan membela arnab sebagai projek pada masa depan.

Pokok tin

Satu lagi vareiti pokok tin dibawa balik ke kampung. Harap harap akan membesar dengan baik insyaAllah.

Vareiti Petola

Petola segi dan petola ular ada yang terselamat dan hidup selepas dipindahkan.


Ulam raja

Pokok ulam raja nampaknya tidak bernasib baik kerana terkena racun rumpai. Habis mati ulam raja yang baru hendak membesar. InsyaAllah akan cuba tabur benih ulam raja yang baru.

Timun

Alhamdulillah, satu pokok timun mini terselamat daripada banjir pada minggu yang lepas kerana ditanam didalam bekas polibeg. Harap harap akan dapat menuai buah timun secepat mungkin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus