Catatan

balik kampung 19 Ogos 2017

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu ini. Masa suntuk juga pada kali ini kerana urusan jemputan kenduri dan singgah sana sini sebelum sampai ke kampung. Misi untuk balik menjenguk keluarga mentua juga berjaya dilaksanakan. Kebun Pisang Alhamdulillah kebun pisang dapat dijenguk untuk lebih kurang sejam. Buah pisang yang masak dibawa balik ke rumah. Hasil begitu baik pada masa ini. Terdapat juga tandan pisang yang terbiar dan akhirnya kesemua buah dimakan burung. Tidak mengapalah kerana menjadi rezeki burung burung dan haiwan liar. Bendi Benih bendi yang disemai secara tabur suka suka dikebun pisang sudah mula bercambah. Pertumbuhan tidaklah begitu baik. Harap harap pokok bendi akan berjaya membesar. Benih baru bendi juga ditabur bagi tempat yang tidak bercambah. Bendi dikawasan belakang rumah pula diserang oleh serangga pengorek batang. Habis pucuk pucuk baru bendi layu. Buat masa ini, tidak pasti serangga yang merosak tanaman bendi. Semaian benih sayur Nampaknya ...

cabai jeruk

Alhamdulillah pokok cabai yang ditanam mengeluarkan hasil yang memberangsangkan. Pokok yang ditanam di kawasan teduhan pada perumahan tingkat tujuh. Sebahagian ranting pokok cabai telah keluar dari teduhan dan berbuah dengan lebat. Nampaknya pokok cabai memerlukan kawasan yang terang untuk berbuah dengan lebat. InsyaAllah buah buah yang  masih hijau akan dituai dan dijadikan cabai jeruk. Jika dibiarkan masak dipokok, buah akan menjadi kering kerana cabai yang ditanam dari benih cabai kering. gambar akan diletakkan kemudian

balik kampung 13 Ogos 2017

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada hari ahad 13 Ogos 2017. Masa separuh hari sahaja yang dapat diluangkan balik ke kampung. Sekurang kurangnya dapat meluangkan masa berharga bersama mak dan ayah dikampung. Disamping itu, dapat melihat keadaan kebun yang sudah lama memerlukan perhatian dan penjagaan. Pokok mulberi Pokok mulberi yang ada di kebun perumahan dibawa balik ke kampung. Harap harap pokok akan terus membesar dengan lebih baik dikampung. Semaian benih terbaru Benih kailan dan benih pokok bunga cuba disemai. Benih benih yang ada adalah benih lama. Harap harap benih masih boleh bercambah. Kebetulan, sekarang musim hujan. Patin Ikan patin didalam kolam nampaknya sudah agak besar. Kemungkinan boleh ditangkap dan dijadikan masakan. Bendi Pokok bendi di kebun kampung masih lagi membuahkan hasil. Setiap dua minggu beberapa biji buah bendi dapat dituai. Pisang Alhamdulilah kali ini dapat menuai tandan pisang yang sangat besar. Buah dibawa balik ke Pulau Pinang untuk diberi ke...

balik kampung akhir Julai 2017

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu ini Padi Padi sudah mula di tuai dikawasan kampung. Air bendang sudah mula dilepaskan kerana padi sudah mulai menguning dan masak. Jentera menuai padi sudah mulai kelihatan di petak petang sawah. Hasil pak tani mengerjakan sawah selama lebih kurang tiga bulan setengah akhirnya dapat dituai. Seperti kebiasaan hasil tidak menentu bergantung kepada pelbagai keadaan. Harap harap tuaian padi kali ini memberansangkan. Pisang Pisang yang ditanam dituai dan dibawa balik ke Pulau Pinang. Sebahagian lagi disedekahkan kepada jiran dan keluarga sekampung. Ada juga tandan yang sudah habis dimakan burung. InsyaAllah jadi sebahagian pahala sedekah walaupun tidak dapat merasai. Terdapat juga tandan yang akan masak dalam masa beberap minggu lagi. Harap harap dapat menuai kerana tandan terletak berhampiran jalan raya. Bendi Benih bendi yang ditanam dikebun pisang sudah ada yang masak. Jadi, biji benih diambil dan disemai ke tempat baru berhamp...

ulat bulu pada tanaman cili

tanaman cili di kebun perumahan masih lagi memberi hasil yang baik. Cuma, vareiti yang ditanam adalah dari benih cili kering yang dibeli di kedai. Buah buahnya kurus kering. Cukuplah untuk dijadikan penambah perisa didalam kuah kicap dan telur dadar. Baja yang digunakan hanyalah dari sisa dapur seperti air basuhan beras, air basuhan ikan dan kulit kupasan buah buahan dan kulit telur. Kasihan juga kepada pokok cili yang ditanam kerana sering layu akibat kekurangan air apabila tuannya tidak sempat menyiram bila balik ke kampung. Pokok cili yang serign layu akan mengalami tekanan dan mudah diserang penyakit. Namun, tanaman cabai masih lagi bertahan walaupun nampak tanda tanda tertekan seperti diserang perosak lalat putih. Perosak terbaru yang hinggap di tanaman cili ialah ulat bulu. Tidak pasti jenis ulat bulu yang hinggap di tanaman. Namun, harus lebih berhati hati untuk menuai tanaman cili selepas ini. Takut takut kulit terkena ulat bulu. Buat masa ini, saya hanya memerhatikan perkemb...

pancing tenggiri di Yan, 15 Julai 2017

Imej
Alhamdulillah pada minggu lepas dapat turun memancing dilaut. Kali ini, destinasi memancing ialah di Yan, Kedah. Trip memancing kali ini diatur bersama rakan rakan yang mempunyai minat yang sama. Ikan sasaran yang ingin dipancing ialah ikan tenggiri. Ikan tenggiri menjadi kegilaan pemancing kerana ikan ini kuat melawan dan sedap dijadikan hidangan. Tambahan pula, saiz ikan yang dipancing boleh mencecah sehingga sepuluh kilogram. Perancangan memancing dibuat sejak berapa bulan. Penganjur mengambil deposit memancing bagi memastikan pemancing benar benar ingin memancing. Persediaan alat alat pancing yang berkualiti perlu disediakan lebih awal supaya pemancing lebih bersedia dari segi mental dan fizikal. Selain itu, rehat yang cukup diperlukan kerana aktiviti memancing dilaut berdepan dengan suasana yang tidak selesa seperti gelombang laut, hujan dan ribut serta bahang terik matahari. Pada jam 5 pagi, kami bertolak dari Pulau Pinang menuju ke Yan, Kedah. Alhamdulillah perjalanan lanc...

kesan masak sendiri di rumah

Alhamdulillah berjaya mengekalkan kekerapan masak sendiri di rumah selepas ramadhan. Buah buah dan sayur yang dibawa balik dari kampung digunakan didalam masakan. Hasil dari kebun perumahan seperti daun limau purut digunakan didalam masakan tomyam. Rempah tomyam juga dihasilkan sendiri oleh isteri. Isteri juga sekarang mahir memasak dan merupakan satu kelebihan yang patut ada pada setiap suri rumah untuk menambah kemahiran memasak. Makan malam yang tidak habis akan dijadikan hidangan untuk keesokan hari. Sebagai contoh, nasi putih yang tidak habis pada malam sebelumnya, dipanaskan sebelum tidur supaya tidak basi. Nasi juga dimasak sedikit kering untuk mengelakkan cepat basi. Kami juga dapati masakan sendiri seperti nasi lemak pada pagi hujung minggu lebih memuaskan hati dan mengenyangkan. Lebih rempah dapat ditambah dalam nasi lemak yang menjadikan nasi lebih wangi dan sedap. Kesan daripada masak sendiri dirumah ialah kebersihan terjamin dan kita mengetahui apa yang ditambah didalam ma...