balik kampung 19 Ogos 2017

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu ini. Masa suntuk juga pada kali ini kerana urusan jemputan kenduri dan singgah sana sini sebelum sampai ke kampung. Misi untuk balik menjenguk keluarga mentua juga berjaya dilaksanakan.

Kebun Pisang
Alhamdulillah kebun pisang dapat dijenguk untuk lebih kurang sejam. Buah pisang yang masak dibawa balik ke rumah. Hasil begitu baik pada masa ini. Terdapat juga tandan pisang yang terbiar dan akhirnya kesemua buah dimakan burung. Tidak mengapalah kerana menjadi rezeki burung burung dan haiwan liar.

Bendi
Benih bendi yang disemai secara tabur suka suka dikebun pisang sudah mula bercambah. Pertumbuhan tidaklah begitu baik. Harap harap pokok bendi akan berjaya membesar. Benih baru bendi juga ditabur bagi tempat yang tidak bercambah.

Bendi dikawasan belakang rumah pula diserang oleh serangga pengorek batang. Habis pucuk pucuk baru bendi layu. Buat masa ini, tidak pasti serangga yang merosak tanaman bendi.

Semaian benih sayur
Nampaknya benih benih sayur yang disemai minggu lepas sudah tidak lagi bernas. Kebiasaannya biji benih akan bernas dalam masa beberapa hari. InsyaAllah akan mencari benih baru untuk disemai. Sayang kerana tidak sempat menyemai benih benih yang dibeli kerana kesuntukan masa untuk mengurus kebun.

Ayam piru
Ayam piru jantan yang dibela ayah sejak setahun lebih jatuh sakit. Tidak pasti apakah sebab ayam ayam dikampung jatuh sakit. Simptom penyakit hawar tidak pula kelihatan kerana terdapat ayam ayam yang masih lagi hidup. Ayam menunjukkan tanda seperti keracunan makanan. Ada ayam yang masih muda turut mati.

Memancing
Alhamdulillah ada hasil memancing dibelakang rumah. Namun, keadaan parit semakin tercemar akibat perbuatan jiran yang membuang sampai sesuka hati kedalam parit. Jika ada masa nanti akan cuba membersihkan parit. Dulu dulu parit lebih bersih sebelum jiran jiran mula membuang sampah kedalam sungai.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

percubaan memasak beras rebus

cara buat lemang