kisah penanaman kangkung

Peringkat awal

Pada peringkat awal, tanaman langsung tidak menjadi. Pada sangkaan awal, menanam kangkung sangat mudah dan yakin dapat menuai hasil dalam masa sebulan. Permulaan percambahan memang nampak seperti akan berjaya.

Serangan hama merah

kangkung dan serangan hama merah :(

 Kemudian tidak lama kemudian, pertumbuhan sayur kangkung terbantut. Pada peringkat awal sayur kangkung diserang oleh hama merah. Ini antara ujian yang tidak sangka akan terjadi.

Akhirnya...

kangkung pada tuain pertama
Alhamdulillah pada penanaman seterusnya, komposisi tanah dibaiki dan dibiarkan ditempat yang betul betul terbuka. Hanya pokok limau purut yang menjadi tempat teduhan kankung di kawasan terbuka.

kangkung semakin lebat selepas tuaian pertama


Tuaian sudah masuk kali ke ketiga dengan cara keratan batang. Hasil semakin menjadi jadi terutama semasa musim hujan.

InsyaAllah selepas ini semaian baru kangkung akan dimulakan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus