gambar sayur sayuran terbaru

kailan pada september 2012
 Kailan nampak lebih sihat bila diletak bawah teduhan. Sebelum ini, kailan diletakkan diluar dibawah cahaya matahari terik, batang kailan menjadi merah. InsyaAllah boleh kut merasa sayur kailan dalam seminggu dua lagi.Alhamdulillah berjaya tanam kailan setelah berkali kali mencuba. Sebab utama cubaan awal tidak berjaya kerana biji benih tidak mahu bercambah.

sawi yang disemai dahulu
Sawi yang ditanam sebagai percubaan dari biji benih sumbangan jabatan pertanian. Cambahan sangat baik. Sekarang kerap di siram dan dibaja sebab ditanam rapat rapat.

Ulasan

  1. sihatnye sayur sawi tu. Tabur benih macam tu je ke?

    BalasPadam
  2. saya buat dua batas dalam bekas panjang dalam 3 cm, kemudian tabur dan tutup kembali, seeloknya buat penjarangan supaya sawi lebih sihat, yang batch ini agak terbantut,

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus