ketam kulit lembut dan kundur labu

semasa membeli sedikit barang keperluan di pasar malam. Terserempak dengan penjual ikan yang menjual ketam kulit lembut. Harga cuma rm 12 sekilogram, lebih murah jika dibandingkan yang dijual ditempat lain. Jadi setengah kilogram ketam kulit lembut dibeli. Beberapa ekor digoreng tepung dan selebihnya dimasak gulai nanas.



hidangan ketam kulit lembut masak gulai nanas dan ikan mambu sayap masak sambal


Kundur labu juga ada dijual bahagian jualan ulam ulaman. Buah dibeli pada harga RM 2 sebiji. InsyaAllah akan dimasak gulai atau masak air. Biji benih akan cuba semai nanti.



Ulasan

  1. Salam encik.

    kat pasar malam mana ye encik beli ketam lembut tu ? saya mmg dah lama sangat cari ketam lembut ni ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh dibeli di pasar malam sungai dua setiap hari khamis, berdekatan dengan Mee Udang Sri Gading,

      kadang kadang ada dijual, tidak selalu ada, harap puan dapat membeli :)

      Padam
  2. oh di butterworth, penang la yer :( sob sob... ema di KL lah encik md zabri ... kan best kalau dia boleh buat delivery .. heee :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus