panjat bukit jambul dan gerai sayur

bagi yang berada di Pulau Pinang, bukit jambul adalah satu tempat riadah yang sesuai selepas waktu kerja.
dengan tempoh pendakian sekitar 15 minit untuk sampai ke puncak, Bukit Jambul amat sesuai untuk mereka yang pulang dari kerja sekitar jam 5.30 petang.




kutu kayu gergasi berwarna hitam sebesar saiz ibu jari


Hasil tani
di sini juga terdapat penjualan hasil hasil tani oleh penduduk setempat seperti pisang, sawi, markisa, jus pala yang baru sahaja dipetik. Harganya pula amat berpatutan dan berbaloi.

InsyaAllah akan cuba memaparkan gambar gerai dalam posting akan datang.

Diantara tarikan lain di Bukit jambul ialah pokok pokok getah, burung burung seperti burung murai batu dan juga kutu kayu gergasi. Kebiasaannya haiwan dan serangga mulai aktif menjelang lewat senja.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus