tips tanam sawi orang yang sibuk

sepanjang menanam sawi dua kali beberapa tips yang boleh dikongsi,

tanaman sawi yang mudah ditanam dan tidak memerlukan banyak penjagaan

semai di dalam pasu, pastikan tidak terlalu rapat, boleh gaul biji benih dengan tanah.Ini akan memudahkan proses memindahkan anak sawi nanti.

anak sawi tahan lasak untuk dipindahkan supaya sawi tidak terlalu rapat. Ini bertujuan supaya pertumbuhan sekata.

Letak pasu di tempat yang terang dan mendapat pancaran matahari yang terus. Sawi yang kurang mendapat cahaya matahari tidak membesar dengan baik.

musuh tanaman setakat ini ialah lintah bulan dan siput.

pembajaan boleh menggunakan baja organik seperti kompos dan tahi arnab. Pokok sawi juga tahan cuaca panas dan pastikan cukup air.

pokok sawi yang layu akibat kekurangan air boleh dipulihkan dengan menyiram air. Pokok sawi akan kembali segar.


Ulasan

  1. post ni ibarat orang mengantuk disorongkan bantal..sesuai sgt utk sy yg tgh pening jaga sawi x besar2...baru ni semai lagi hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. moga sawi cepat membesar, saya pun sibuk sekarang ini, cuma hujung hujung minggu sahaja menjenguk sawi sawi saya

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos