arnab kerjakan kebun

Alhamdulillah dapat balik ke rumah setelah hampir sejam  setengah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Namun, terkejut apabila melihat sangkar arnab terbuka. Arnab entah ke mana. Antara kerosakan yang arnab telah lakukan ialah.

1. semaian terung. daripada 50 bekas tinggal satu sahaja
2. semaian bunga tongkeng, habis dimakan sekali dengan batang
3. pokok tin, batang habis dirobek
4. kailan, habis tinggal batang
5. kohlrabi, habis diratah
6. anak pokok markisa, tinggal tunggul

Memang kecewa juga melihat kerosakan, namun sejauh mana nak kecewa, banyak kerja lain nak kena buat. Arnab arnab ini mungkin akan dipindah ke tempat lain atau disembelih sahaja.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus