Musim baru menanam padi di kampung

Alhamdulillah kerja menanam padi peringkat awal sudah selesai di kawasan kampung. Seperti kebiasaan ayah akan mengupah orang untuk menabur padi benih. Padi benih perlu direndam dahulu untuk semalaman. Selepas itu padi benih akan diangkat dari kolam rendaman dan dibiarkan supaya bercambah.

Kampit padi benih akan menjadi suam akibat haba dari proses percambahan dan berbau masam.

Padi benih yang mula bernas akan dibawa ke petak sawah menggunakan motosikal. Di sawah, alat penabur benih padi akab digunakan. Timba dan kampit padi benih juga boleh diguna untuk menabur padi secara manual.

Dalam masa sebulan dari sekarang padi akan ditabur baja dan air didalam petak sawah perlu dijaga.

Semoga kurang serangan penyakit dan lebih hasil kali ini insyaAllah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus