Musim mempelam di kampung

Alhamdulillah sempat balik kampung minggu lepas. Sekarang musim mempelam. Banyak jenis mempelam yang ditanam termasuk varieti komersial.

Dulu dulu ayah banyak menanam banyak varieti mempelam. Ada yang sedap di buat cicah garam belacan seperti mempelam epal. Ada yang berisi warna putih. Baka baka ini ayah ambil dari siam semasa ayah kerja memborong buah dari siam.

Antara varieti umum di kampung  ialah mempelam pauh telur. Pokok paling tua menjangkau umur 40 tahun. Semasa kecil dahulu buah selalu dikutip awal pagi. Zaman kanak kanak dahulu kulit dan isi mempelam di makan begitu sahaja.

Pokok mempelam yang paling baik ialah sebatang pokok di depan rumah. Buahnya sangat manis dan beraroma seperti vanilla.

InsyaAllah akan post lagi berkaitan buah mempelam di kampung.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus