Projek labu kampung

Alhamdulillah balik kampung minggu lepas sempat juga melawat kebun di kampung. Antara tugasan kali ini ialah membantu ayah menyiapkan parit. Tanah diambil dari tepi sungai untuk di tambun di tepi parit yang dibina dari simen.

Kawasan lapang yang terang ditepi sungai rasanya sangat sesuai untuk tanaman labu, timun dan ubi kayu. Biji benih labu pun masih belum digunakan. Beberapa varieti ada dalam simpanan. InsyaAllah akan menyemai beberapa benih.

Kangkung yang tumbuh liar didalam sungai mungkin boleh dijadikan bahan sungkupan. Rasanya mungkin perlu mencari sedikit tanah pasu bagi membolehkan tanaman membesar dengan baik.

Terdapat juga terung pipit dan cabai yang tumbuh sendiri di sekitar tepi sungai.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos