semaian kailan OP berjaya

Alhamdulillah, berjaya mendapat percambahan yang baik kailan OP dari tanamsendiri,

semaian benih yang lain sebelum ini kurang berjaya,

semaian dilakukan didalam bekas sawi menang yang gagal dituai akibat sawi layu kekeringan akibat tidak disiram.

Cara semaian dibuat,

1. Ratakan tanah didalam pasu.
2. tabur biji benih ( guna setengah paket sahaja )
3. letak tanah gembur diatas pada kedalaman 1 inci.
4. siram setiap pagi sehingga biji benih bercambah.
5. jika jarang ada masa menyiram, letak pasu ditempat yang teduh, jauh daripada cahaya matahari untuk
mengelakkan anak benih mati kekeringan. ( pemerhatian menunjukkan cambahan tahan sinaran matahari yang terik jika air mencukupi)

Gambar akan dimasukkan kemudian insyaAllah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus