Balik kampung 29 jun

Kali ini balik kampung dengan tujuan hendak pergi ke dusun buah. Namun ayah beritahu buah tak banyak yang turun.

Disamping itu, kurma yang ditempah dari pemborong juga dibawa balik dari penang untuk diedar kepada saudara mara.

Pada petang sabtu ayah ajak ke bendang untuk membawa baja ke bendang. Padi yang ditabur dulu sudah berusia lebih kurang sebulan dan perlu dibaja buat kali pertama.

Baja yang digunakan ialah baja campuran. 20 kampit baja diangkat ke tengah bendang untuk di tabur pada waktu pagi. Setiap kampit akan diangkut dengan mengimbang dibelakang badan sambil melalui batas bendang yang sempit.Memang memerlukan banyak tenaga untuk mengangkat baja kerana keseluruhan berat baja hampir 300 kilogram.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus