Kisah kebun nako nambua

Ayah dulu pernah cerita bagaimana ayah dan tok wan membuka tanah di kampung nako nambua.

Naik basikal tua dari alor setar ke sana. Bekalan yang dibawa ialah nasi, ikan kering tamban kiat dan cabai kicap masin cair. Itu saja yang ada pada masa tersebut.

Kali terakhir pergi melihat tanah tersebut ialah ketika zaman remaja. Itupun sebab ayah nak membayar cukai tanah. Diusahakan dengan tanaman tebu.

Banyak juga ulaman pucuk cemumar yang tumbuh. Mak ambil untuk dibawa balik.

Walaupun tak melalui zaman tersebut namun bila nak makan cabai kicap akan teringat cerita ayah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos