Misi mencari si tenggek burung

Ulaman tenggek burung menjadi antara ulaman yang sedap dimakan.

Jika dapat mencari benih anak pokok bolehlah ditanam dalam pasu besar.

Setakat ini sudah menjumpai induk pokok di suatu kawasan riadah. Namun pokok induk sudah dicantas. Bertambah malang lagi apabila penggemar ulam ini mengambil habis pucuk yang tumbuh. Hanya tinggal tunggul yang masih bernyawa dan berusaha melepaskan pucuk baru.

Tinjauan juga mendapati ada anak anak pokok yang baru sejengkal tinggi. Harap dibiarkan tumbuh dan membesar. Sudah tidak sesuai untuk diambil.

Namun kawasan riadah ini juga dalam proses dibangunkan semula. Jentera berat sudah memulakan operasi di kawasan sebelah sehingga membentuk kawah besar. Kemungkinan koridor ini akan digali dan diratakan. InsyaAllah akan mencari lagi anak tenggek burung kalau bernasib baik.

InsyaAllah gambar akan diambil bila berkesempatan lagi ke sana.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus