Musim durian di kampung

Alhamdulillah musim durian datang lagi.

Buah jenuh makan kali ini. Buah di wang tepus menjadi. Begitu juga buah dari kebun di Baling.

Selain dari buah di kebun, dapat juga merasa buah durian dari balik pulau seperti udang merah dan horlor.

InsyaAllah jika tiada aral akan ke kebun wang tepus hujung minggu ini untuk mengutip buah rambutan, manggis dan pulasan pula.

Teringat lagi pengalaman menanam benih pokok durian ini hampir sepuluh tahun yang lepas. Ada yang hidup dan ada yang mati terutama ketika musim kering. Pokok yang mati akan diganti/sulam bila mula musim hujan. Cepatnya masa berlalu menjadi kenangan duduk di kampung.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos