Tuaian bunga telang multi layer

Alhamdulillah bunga telang dalam tiga pasu di belakang rumah hidup subur.

Penjagaan dan siraman kurang perlu dilakukan. Sebelum ini pokok bunga telang agak terbantut pertumbuhan dan diserang hama merah. Semburan racun serangga kurang berkesan. Jadi dibiarkan sahaja pokok ini mengurus secara alami. Pokok kelihatan kuning.

Hama merah masih ada cuma terkawal dengan sendiri tanpa semburan racun. Mungkin sudah ada pemangsa yang dapat mengawal populasi perosak.

Banyak juga biji benih yang terhasil
Benih asal diambil dari taman awam. Setiap pagi ada pejalan kaki yang datang awal pagi untuk mengutip bunga. Tapi kini pokok asal sudah dibuang apabila majlis perbandaran melakukan pembersihan pagar. Harap ada benih yang terselamat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus