Tanam dan tinggal pak choi

Alhamdulillah tanaman pak choi semakin subur. InsyaAllah boleh dituai sedikit masa lagi.

Benih pak choi disemai terus kedalam pasu yang sebelum ini ditanam lobak kampung.

Tiada penjarangan dilakukan. Ada tips yang dibaca tentang tuaian awal untuk baby pak choi secara tidak langsung menjadi aktiviti penjarangan.

Benih tahan cuaca panas dan perlukan sinaran cahaya matahari penuh untuk tumbesaran optimum. Pastikan juga air cukup.

Pembajaan dan pengawalan rumpai secara manual boleh dilakukan seminggu sekali. Selebihnya pak choi ditinggalkan untuk membesar sendiri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus