Tumbangnya sarang tempua

Alhamdulillah sempat balik kampung sekejap kali ini.

Tuk timah dan haji hassan buat kenduri untuk orang di masjid. Menu nasi rempah, daging kurma, dalca dan air asam disediakan.

Di belakang rumah pula, kapal korek datang membersihkan parit belakang rumah. Habis pokok berduri yang menjadi sarang burung tempua dan sarang tebuan. Pandai burung tempua memilih sarang berhampiran sarang tebuan. Banyak juga pokok tanaman yang musnah dalam kerja membersih parit. Antaranya pokok kuinin, mempelam, kelapa dan ulaman putat.

Tak pasti nasib burung tempua, harap masih belun sempat bertelur dan dapat buat sarang ditempat yang lain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos