Kailan sebagai buah tangan kepada tetamu

Alhamdulillah hujung minggu ini ada juga rakan isteri empat beranak yang datang menziarah kami. Jamuan raya pasta ringkas dan kuih muih yang dibeli dari kedai. Seronok tengok anak kembar mereka.

Sebagai buah tangan, dihadiahkan tiga  perdu kailan serta sedikit daun limau purut. Daun limau purut kalau dicampur dalam kuah pasta lebih beraroma dan sesuai dengan selera asia.

InsyaAllah, jika ada rezeki, perdu kailan akan keluarkan pucuk pucuk baru. Jadi, ada hikmah juga rajin rajin beri buah tangan sayuran kepada orang yang mengunjungi rumah.

Gambar belum ada, terpaksa nanti guna kamera digital untuk ambil gambar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos