Projek hujung minggu 24 Ogos 2013

Alhamdulillah hujung minggu ini dapat membuat kerja kerja kebun sedikit.

Pasu bunga telang sudah dibersihkan. Biji benih bunga telang dikumpul dan pokok bunga telang yang mati dicabut.

Semaian cili pear sudah bercambah dan bertunas. Sangkaan awal benih tak akan bercambah kerana direndam lebih kurang empat hari akibat terlupa.

Biji benih terung sarawak juga sudah bercambah. Biji benih direndam selama sehari sebelum di tabur.

Benih kacang buncis disemai semula kerana semaian awal tidak tumbuh.

Gambar diletak kemudian kerana masalah kamera.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus