projek kecil kecilan ayam kampung

Alhamdulillah balik raya lepas sempat mengalih kedudukan pagar belakang rumah. Haikal bantu tok wan angkat tiang tiang simen. Memang tak larat kalau hanya menggunakan kudrat seorang atau dua orang. Pokok kacang kelisa yang tidak lagi produktif dibuang. Akan ada lebih ruang untuk menyidai baju.

Ayah dah beri lampu hijau untuk membeli anak ayam. Kemungkinan nak beli ayam daging dan juga anak ayam kampung kacuk. Antara tempat membeli anak ayam ialah di pekan Tunjang.

Beberapa barang perlu dibeli seperti jaring ayam yang baru. InsyaAllah tunggu ada duit sikit bulan boleh pergi tinjau perkakasan membuat reban ayam. Masa dulu dulu ayah selalu membela ayam daging bila hendak masuk bulan ramadhan. Makanan ayam terdiri dari dedak yang dibeli dikedai dan juga hampas kelapa.
Bila tiba bulan ramadhan, maka dapatlah makan ayam. Antara kegemaran sekeluarga ialah ayam panggang dengan kuah kacang.

InsyaAllah dapatlah merasa ayam panggang dua tiga bulan lagi bila masuk musim cuti sekolah untuk cucu cucu tok wan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos