Raya tahun 1434h 2013

Alhamdulillah raya tahun ini meriah juga suasana.

Anak cucu ramai yang balik. Penuh rumah tuk wan.

Rendang dan ketupat palas hidangan wajib pagi raya. Kami beraya di hulu dan di hilir. Tak lupa juga ziarah kubur dan melawat tuk tam yang uzur dan tuk chik.

Tuk timah pula masak udang yang jadi kegemaran semua anak anak dan cucu.

Kak chik buat rumah terbuka raya kedua ramai yang datang. Tok yam dan che serta keluarga besar adik beradik dari baling juga datang. Bertungkus lumus para wanita masak laksa. Yang paling seronok makan ialah laksa goreng waktu petang.

Banyak juga kenduri kahwin yang dihadiri dari gelong air hingga ke langgar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos