survey anak ayam di pasar ahad penaga, 18 Ogos 2013

Alhamdulillah ahad lepas sempat berjalan ke pasar ahad penaga.

Pasar ahad penaga menjadi tumpuan orang kampung dan penduduk luar untuk mendapatkan barang keperluan dan juga ikan segar dari kuala muda. Ini adalah kunjungan pertama setelah beberapa kali merancang untuk kesana.Bagi yang hendak kesana boleh keluar dari susur keluar Bertam dan memandu menghala ke Kepala Batas.

Antara yang menjadi tumpuan ialah anak ayam piru/ belanda yang dijual. Pada harga RM 20 seekor dan saiz dan fizikal yang sihat rasanya berbaloi untuk dibeli. InsyaAllah jika ada kesempatan, akan kesana lagi untuk membeli anak ayam piru. Ada juga jualan anak ayam kampung pada harga RM 2.20 seekor.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus