Tuaian sawi cina 27 Ogos 2013

Alhamdulillah sempat menuai sawi cina untuk kegunaan berbuka puasa awal pagi tadi. Tuaian ini membolehkan sawi yang lain terus membesar. Ada lagi anak anak sawi yang terlindung dan menunggu peluang yang sesuai untuk terus membesar.
Beberapa benih baru sempat juga disemai termasuk benih labu. Kali ini benih yang direndam semalaman di tekan kedalam bekas semaian sahaja. Harap harap akan bercambah.


Terung
Pokok terung disiram awal awal pagi sesudah balik dari subuh dimasjid. Ada satu pokok terung yang baru baru ini semakin membesar hilang pucuk utama. Tak pasti sama ada disebabkan serangan lintah bulan atau sebab yang lain. Masih ada satu lagi terung telunjuk yang masih hidup dan sudah mula berbunga. Harap harap dapat tuai hasil nanti.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus