menghabiskan stok benih lama

Alhamdulillah banyak jenis tanaman sudah dicuba, bagaimanapun banyak lagi yang belum ditanam. Dikhuatiri benih yang lama tidak akan bercambah dan tentu rugi kerana sedar tidak sedar sudah hampir seratus ringgit sudah dilabur untuk membeli benih benih ini.

InsyaAllah akan cuba menyemai dan menanam secepat mungkin untuk mengelakkan benih ini daripada rosak. Kemungkinan anak benih akan diberi kepada rakan yang berminat. Besar kemungkinan juga akan ditanam diantara pokok pokok mempelam di kampung.

Bekas semaian yang sesuai perlu dicari kerana bekas semaian sekarang boleh mencederakan jari. Bekas semaian yang kecil menyukarkan proses menanam dan mengubah tanaman. Model bekas tanaman yang banyak terdapat di negara barat kurang diperolehi ditempat tempatan. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus